
Sulit
5 tahun
Keliling buku lali bengkak
Saya wanita berusia 42 tahun. kedua-dua buku lali telah bengkak lebih daripada sebulan. Dalam tempoh tersebut saya mendapat kencing tak lawas dan telah memakan ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor.
Saya juga telah menjalani pemeriksaan darah dan keputusannya adalah normal. Baru-baru ini juga saya telah menjalani pemeriksaan ultrasound buah pinggang dan keputusannya tiada batu karang dan juga buah pinggang dalam keadaan baik.
Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan masalah ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing tak lawas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sumbatan atau sekatan di uretra seperti akibat batu karang
- Masalah saraf kesan daripada kencing manis dan sebagainya
- Akibat sesetengah ubatan
- Otot pundi kencing yang semakin lemah
Oleh kerana penyebab masalah ini dapat pelbagai, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.