
Sulit
3 tahun
Keliru masalah yg saya alami
Saya 26 tahun… ibu 3 anak… Suri rumah… Saya sering penat apabila bangun dari tidur… Seolah olah saya tidur dan otak saya bekerja… Saya tak boleh dengar pertengkaran atau bunyi yg bising… Dada sering terasa sakit…saya selalu tiba2 bole rasa sedih sgt tapi tak dapat nk menangis, buatkan hari2 sy rasa tertekan dgn perasaan ni dan rasa nak berseorangan selalu… Saya jadi tak pandai nk bergaul dgn org luar, dan kalau bole tak nak jumpa org luar selain fmly… Sy dah rasa smua ni selama hmpir 3tahun…dan saya pelik… Apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti stress, kegelisahan, kemurungan, fobia dan lain. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders di talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.