
fatinsyahirah5562
6 tahun
Keliru mengandung atau tak
Saya nak tanya,sepatutnya bulan ni sy datang bulan 18hb ,tapi pada 11hb sy ada turun mcm darah coklat tp sikit sgt dan 3 hari je turun,smpai 13hb saje,sy keliru ada sama itu tanda² awal mengandung?tp sy check pt negatif ,sbb sebelum ni sy tk pernah pon ada gangguan period ,and sebelum darah coklat tu keluar,ada la rasa mcm rahim tk selesa,bila tnya org ckp mungkin rahim tengah mengembang,and darah tu brown spotting mcm bleeding,tp bila check upt negatif

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja,IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!