
Sulit
3 tahun
Keliru sbb haid lewat ada ka mgandung atau tidak sbb check out negetif
Salam doktor saya berumur 37 tahun dan saya mengalami kekeliruan sbb saya last haid of 27hb 8 dan saya check out negetif of 2 hb 10 saya dapati haid tp hanya 4 hari saja darah SDH tiada keluar…pertanyaan saya adakah itu perkara biasa sbb sejak saya haid saya kerap demam mengigil bawa perut saya pun sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami hadi tidak teratur di mana tempoh bebas haid terlalu lama dan tempoh pendarahan yang sangat singkat untuk anda. Kini anda juga perasan bahawa mempunyai gejala tambahan seperti demam, sakit dan menggigil pada bawah perut. Kami akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, kumpulan gejala yang anda nyatakan seperti demam, sakit serta menggigil pada bawah perut boleh disebabkan oleh fasa pendarahan haid itu sendiri. Ia kerana perubahan hormon dalam badan juga boleh mengganggu suhu dan memberi rasa seakan demam.
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa penyakit yang mempunyai simptom seperti anda nyatakan. Contohnya:
- Penyakit radang pelvis
- Penggunaan kontraseptif IUD (Intra-Uterine Device)
- Penyakit kelamin (STD)
- Jangkitan salur kencing
- Stres yang menyebabkan ketidak stabilan hormon
Berikut merupakan senarai diagnosis umum yang boleh memberi simptom seperti anda alami. Namun, kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis yang tepat kerana tiada sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Bagi maklumat lanjut serta kepastian masalah haid anda, sila bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan