
Sulit
4 tahun
Kelopak mata bernanah
Hi doc, pada mulanya kelopak mata saya bengkak dan sakit dan dalam 1 minggu selepas itu, bengkak di kelopak mata dah surut. Tapi cuma ada biji sahaja di kelopak mata dan tak sakit apabila disentuh. Saya ada baca artikel di internet yg mengatakan biji di kelopak mata yang saya hidapi ialah chalazion. Dan dalam artikel tersebut juga ada menyatakan biji tu akan hilang sendiri. Namun setelah 2 minggu biji di kelopak mata tak hilang saya terus pergi ke klinik kesihatan. Dan hanya diberi ubat titis dan chlorop. Namun 2 hari kemudian setelah mengambil ubat tersebut kelopak mata saya jadi sakit dan bernanah pula. Apa pandangan doktor dan apa yg perlu saya lakukan? Thanks

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kelopak mata bernanah. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Konjunktivitis
- Alahan
- Autoimun
- Trauma
Memandangkan anda telah berjumpa doktor mata, saya menasihatkan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana kemungkinan besar antibiotik tersebut tidak sesuai dengan kuman yang menyerang mata anda.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih