
Anonymous
6 tahun
Keluar cairan coklat
Saya wanita dalam 20 an. Saya adalah salah seorang pesakit sawan. Period saya dah lama tak teratur, dalam setahun yang lalu. Dan sekarang ini keluar cecair coklat nak ke hitaman. Sebelum saya ada penyakit sawan period saya teratur. Apa yg harus saya buat untuk period saya teratur semula.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Oleh sebab anda adalah seorang pesakit sawan jadi anda amat disarankan untuk mendapatkan pendapat doktor sebelum menrima rawatan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih