
Sulit
3 tahun
Keluar cairan pada trimester ke-2
Hi Doktor, saya hamil minggu ke-17 ( 2nd trimester) …mengangdung anak ketiga.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk maklumat anda, perkara ini perlu diberikan perhatian dan anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana kami bimbang ia boleh menyebabkan kesan negatif kepada anda dan kandungan.
Kami tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh anda dengan cairan tersebut kerana maklumat lanjut adalah diperlukan. Ciri-ciri cairan juga membantu kami untuk mengenal pasti masalah ini.
Secara amnya, ia boleh berlaku disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada faraj
- Lendir dari serviks (mucus plug)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai keadaan yang anda alami. Kami sarankan anda untuk berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan sekiranya perlu dan juga supaya anda boleh dipantau.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.