
Sulit
5 tahun
Keluar cecair semasa berak
Setiap kali sy sedang berak . Akan ade cecair putih yg keluar sekali … adakah normal atau berpenyakit ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair putih yang keluar bersama najis anda boleh disebabkan:
- Kesan ketumbuhan adenoma/polip dalam usus
- Kesan penyakit radang usus
- Buasir
- Tahi berminyak -akibat tiada pencernaan lemak dalam usus akibat sakit pankreas atau hempedu
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.