
syazwaniaf
2 tahun
Keluar darah dari bawah & Sakit Bawah perut
Hai doctor…jumaat lepas sy pergi jogging…lepas balik jogging …balik rumah sy buang air kecil keluar darah skit (seketul)…dan skit bwah perut…lepas tu kluar kputihan …smpai skrng perut sy still sakit…sebulan yg lepas…selepas sy bersama dgn suami keluar darah…dlm tmpoh seminggu mcm tu…sbelom dtg haid…bulan ni dtg haid 3 hri awal bulan…mnggu lepas sy cuba urien test…negatif je…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan dan sakit perut yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Jangkitan dalam rahim
- Endometriosis - apabila sel lapisan dinding rahim tumbuh di organ lain
- Keputihan fisiologi dan darah haid sebelumnya
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Kehamilan ektopik atau dalam rahim - ujian UPT mungkin terlalu awal untuk mengesan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.