
Sulit
5 tahun
Keluar darah dari vagina hanya sehari
Hi doktor… Saya mempunyai period yg tidak tetap… Kiteran paling pendek dalam 24 hari, dan paling panjang 50 hari… Tetapi yg paling kerap 30 - 40 hari… Kemudian, semalam sy period tapi kuantiti tidak banyak seperti biasa, dan hari ni, sy bangun pagi hanya ada setitik darah pada pad. Dan seolah olah period saya dah habis. Sebelum ni saya tidak pernah period hanya 1 hari. Utk pengetahuan doktor juga… Sy ada memgambil postinor 2 pil kali pertama pada bulan ogos 2019 dan kali terakhir pada awal januari 2020. Soalan sy, adakah itu darah haid atau pendarahan disebabkan postinor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda dinasihati untuk:
- Rujuk doktor jika mengambil pil perancang
- Buat ujian kehamilan jika mengesyaki hamil
- Jika masalah disertai gejala lain seperti senggugut keterlaluan, haid terlalu lama atau tidak datang haid sila rujuk kepada doktor untuk mengetahui punca
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.