chamber_noe
6 tahun
Keluar darah haid lebih 7 hari
Hai. Saya wanita berusia 29 tahun. Single. LMP 10/7/2019… sampai ke hari ini darah haid saya masih belum berhenti lagi keluar. Bulan lepas iaitu bulan 5 saya tidak datang haid. Sebelum menses saya regular. Adakah saya patut risau dgn keadaan yg saya alami ini?? Hari ini adalah hari ke 12 saya datang haid.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapiAdakah darah yang keluar dari haid anda berlaku mengikut kitaran haid atau ia berlaku dengan kerap? Darah yang keluar sedikit berkemungkinan besar merupakan haid yang normal
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.


























