
eyramuo
2 tahun
Keluar darah hari ke 85 .. bersalin ceasar
salam doctor… saya bersalin anak sulung secara ceaser…harini hari ke 85 … saya nak tanya … baru sekejap tadi saya tiba2 keluar darah dari faraj… saya nak tanya sama ada itu darah nifas atau tumpah darah atau darah haid ye ? risau saya duduk fikirkan… Terima kasih doktor …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini. Berdasarkan keterangan anda, agak sukar untuk membuat kesimpulan mengenai punca pendarahan anda tanpa maklumat dan pemeriksaan lanjut. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak punca pendarahan tersebut. Antara penyebabnya adalah:
- Ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Dysfunctional uterine bleeding
- Masalah darah tidak boleh membeku
- Kanser rahim, ovari atau cerviks
- Penggunaan alat pencegah kehamilan di dalam rahim
- Penggunaan ubat -ubatan tertentu
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.