
Sulit
4 tahun
Keluar darah ketika bersama suami semasa hamil
Salam Sejahtera , sy ingin bertanya sedikit soalan , terlebih dahulu maaf sy mohon jika soalan sy ini agak menjijikan … maaf … usia kandungan sy skrg 26 minggu … sy ada bersama dgn suami dlm 2 kali pada isia kandungan skrg 25 minggu … tapi semasa suami menjilat kemaluan sy ada darah keluar , ini terjad pada sesi 1 dan 2 ketika bersama dgn suami… dan darah yg keluar semasa suami sdang menjilat kemaluan sy … darah yg keluar tidak terlalu pekat dan hanya sedikit shj … mohon penerangan dari doktor …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah melakukan hubungan seks ketika mengandung boleh terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- jangkitan faraj
- jangkitan mulut rahim
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- pendarahan implantasi
Bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.