
Sulit
4 tahun
Keluar darah ketika hamil
hi doctor , saya wanita berusia 24 thn dan hamil 13minggu skrg ni. pd 13/6 haritu sy tlh mengalami kencing berdarah dan sy ada berjumpa dgn doctor di sebuah klinik. doc scan baby semua ok. dua tiga hari lps tu pon keadaan ok balik dah tkda keluar darah. cuma kdg kdg tu mcm ada spotting coklat gelap pd pkaian dlm. sy tak berpuas hati. pd 22/6 ni sy ada pergi ke sebuah lg klinik check baby dgn check urine. doc tu ckp baby okay tp ada masalah kencing kotor. dua hari lps sy ada bersama dgn suami , then ada keluar darah slps tu. tp tak sakit. masa sy tgh tgok tv sy rasa mcm ada cecair keluar , bila sy check ada darah coklat gelap tu jgk. tp skrg ni bila sy buang air kecil dah tak keluar darah. dia cuma keluar time time tertentu saja. smlm plk sy ada rasa mcm cramp dkt bhgian kiri perut. adakah perkara mcm ini berbahaya pd kandungan sy dan diri saya? sbb dah hampir 3 minggu jd mcm ni.perlu kah sy pergi ke hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing- sering berlaku pada ibu mengandung
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.