
Sulit
4 tahun
Keluar darah kotor selepas habis period
Hi doc, saya berumur 25 tahun dan baru berumahtangga hujung tahun lepas. Pada bulan ini, pada hari ke 12 selepas period hingga hari ini ada keluar darah coklat. Tak banyak tapi sedikit saja dan setiap hari ada keluar. Boleh kah saya tahu itu petanda apa? Sebab saya belum pregnant. Jadi saya takut perkara ini akan mempengaruhi diri saya untuk mengandung. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda mungkin mengalami pendarahan spotting. Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa.
Namun begitu, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Sindrom polisistik ovari
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Stress atau tekanan emosi
- Ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Selain dari itu, darah haid juga berbeza warnanya. Ia boleh menjadi merah pekat sehingga coklat kehitaman.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan:
- Demam
- Sakit di bahagian ari-ari atau sakit perut
- Pendarahan berpanjangan
- Sakit ketika membuang air kencing
- Loya-loya dan muntah
- Gejala mengganggu aktiviti harian dan seksual anda
Untuk mengetahui sama ada ia akan mempengaruhi kebolehan untuk hamil, punca pendarahan tersebut haruslah diketahui terlebih dahulu. Kami tidak dapat memberi kata putus berdasarkan soalan sahaja. Pemeriksaan dan siasatan lanjut perlu dilakukan.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.