
Sulit
3 tahun
Keluar darah lagi selepas habis haid
Saya wanita berumur 25 tahun, bujang. Saya start haid pada 25/10-31/10. Lepas tu darah dh stop keluar. Pastu pada 7/11 keluar darah macam spotting bercampur lendir/keputihan. Pastu esok dan seterusnya dah okay. Tapi 10/11 dia keluar lagi, tapi kalini bukan spotting. Dia bercampur dengan keputihan jadi macam merah muda. Kenapa ye macam tu? Risau dah ni… harap dpt bagi jawapan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Tekanan emosi, atau emosi yang tidak stabil
- Perubahan jadual hidup seperti jadual harian yang terlalu sibuk
- Masalah di dalam rahim seperti fibroid atau polip
- Polycystic ovarian syndrome
- Endometriosis
- Gangguan hormon
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan