Sulit
4 tahun
Keluar darah merah semasa hamil awal
Doktor semalam saya ada angkat benda berat dan terus perut berasa sakit. Beberapa minit selepas itu, darah keluar. Saya ke klinik, cek air kencing. Doktor kata saya hamil dan saya baru tahu. Skrg darah sudah berhenti. Cuma berasa kurang selesa dibahagian ari dan pinggang. Klinik suruh refer ke hospital tetapi saya belum pergi lagi
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Kehamilan luar rahim (ektopik)
- Keguguran
- Pendarahan polip/fibroid
Anda dinasihatkan untuk mengikuti saranan doktor anda untuk ke hospital bagi pengesahan kehamilan dan kesihatan. Sekian.