
Sulit
3 tahun
Keluar darah pregnant 5week
Saya wanita umur 21tahun…sy nk tnya sy pregnant 5week…tpi kluar darah…mula kluar darah cair pstu kluar ketul2 kecil…dgn kerap…masuk harini dh 6 hari sy kluar darah tu…masa scan dokter ckp dah ada nmpak janin dan jasad baby pon dh mula ada…toi darah tu kluar smpai sekarang kluar…xsakit…

3 tahun
Salam Sejahtera.
Terima kasih atas persoalan anda.
Meneliti terangan anda, kami memahami anda sedang hamil minggu 5 dan sedang mengalami pendarahan selama 6 hari tanpa rasa sakit.
Pendarahan semasa awal kehamilan agak merisaukanjadi sila rujuk doktor segera bagi masalah ini. Pendarahan semasa awal kehamilan boleh berpunca daripada beberapa perkara.
Antaranya :
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Kehamilan molar
- Masalah uri seperti placenta previa atau placental abruption
Segala pendarahan sepanjang tempoh kehamilan harus disiasat. Kami sarankan anda untuk segera mengunjungi hospital yang berdekatan bagi pemeriksaan lanjut serta rawatan yang tepat.
Anda boleh menghubungi doktor atas talian kami untuk penerangan lanjut.
Kami harap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.