
Sulit
3 tahun
Keluar darah saat awal kehamilan
Saya berumur 33 tahun dan sedang hamil 7 minggu. Kehamilan ini merupakan yg ketiga. Dua orang anak sy sebelum ini dilahirkan secara ceaser… Sejak 2 hari lepas sehingga ke hari ini masuk hari ketiga sy mengalami pendarahan. Tetapi pendarahan tersebut sedikit dan hanya keluar setiap kali sy buang air kecil sahaja… 2 hari lepas sy ada buat upt test masih positif… Adakah ianya tanda kelahiran luar rahim atau keguguran.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pendarahan ketika kehamilan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Pendarahan implantasi
- Keguguran
- Keguguran spontan atau lengkap
- Keguguran tidak lengkap
- Ovum yang hancur
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall