
Sulit
4 tahun
Keluar darah sebelum tarikh haid, dan sakit seperti cramp hampir seminggu
Saya berumur 18 tahun. Sepatutnya, saya datang haid pada minggu depan. Tapi saya datang haid seminggu awal daripada tarikh yang sepatutnya. Namun, darah yang keluar tidak seperti darah haid, kerana teksturnya yang cair. Sebelum keluar darah seperti yang diperkatakan, saya juga sering keluar cecair yang berwarna putih yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Termasuk hari ini, dah 5hari saya sakit perut… saya jadi kurang selera makan, tidak banyak bergerak dan banyak menghabiskan masa dengan tidur kerana sakit yang berlanjutan. Mohon pencerahan dari doktor… terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.