
Sulit
4 tahun
Keluar darah segar dari dubur selepas buang air besar
klau mengorek dubur selepas buang air besar untuk membuang najis yang tertinggal boleh menyebabkan anal fissure ke?sbb kdg2 klua darah merah terang lps buang air besar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah keluar darah segar setelah kebiasaan mengorek dubur bagi menghilangkan sisa-sisa najis. Masalah berak berdarah mungkin berkait dengan tabiat anda ataupun tidak.
Untuk makluman anda, pengeluaran darah ketika buang air besar terbahagi kepada dua jenis, sama ada ia najis yang mengandungi darah (najis kelihatan hitam seperti tar), ataupun pengeluaran darah merah yang segar yang melekat pada najis. Ini adalah kerana kedua-dua gejala tersebut mempunyai sebab yang berbeza.
Berikut merupakan sebab najis yang mengandungi darah (Melena) :
- Pendarahan pada kawasan usus separuh atas (Upper GI bleeding)
- Ulser perut
- Kanser perut
- Masalah hati
- Mallory Weiss Tear
- Masalah saluran darah pada kawasan usus
- Penghasilan tiub usus Merckel (Merckel’s Diverticulum)
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya darah segar pada najis (Hematochezia)
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- Kanser usus
- Penyakit keradangan Chron’s
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus (Ulcerative Collitis)
- Buasir
- Fisur dubur (Anal fissure)
- Polip usus (FAP)
Selalunya, fisur dubur disebabkan oleh kecederaan pada tisu luar atau dalam lubang dubur. Kecederaan ini selalunya disebabkan oleh masalah sembelit ataupun hubungan seks melalui dubur yang ganas. Kami sarankan anda sentiasa menjaga pemakanan anda serta kebersihan diri secara am. Sekiranya perkara ini berlaku secara berpanjangan dan semakin teruk, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.