
Sulit
3 tahun
Keluar darah selepas baru 5 hari jarak datang haid
11Hb 8 hingga 18hb adalah tarikah saya period, pada 23hb 8 sehingga ke hari ini, darah haid saya masih ada tetapi tidak keluar terus pada tuala wanita yang saya gunakan, darah haid saya ni boleh di kata hanya sekali ke 2kali sahaja akan keluar terus ke tuala wanita yang saya gunakan. saya risau dan bimbang dengan perkara ini, harap doktor dapat memberi penjelasan dan apa perlu saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan puan, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah haid tidak teratur dan spotting (pendarahan antara haid) yang sedang dialami. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur, antaranya adalah:
- Masalah hormon yang tidak stabil disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti masalah berat badan, emosi/tekanan, terlalu banyak bersenam atau masalah pemakanan.
- Kesan sampingan ubat perancang kehamilan
Sesetengah punca haid tidak teratur adalah lebih serius, seperti:
- Masalah hormon tiroid
- Masalah keradangan pelvis
- Sindrom Polysistik Ovari
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.