
dederiekaa
6 tahun
Keluar darah selepas bersama
Saya berumur 21 tahun , sy mempunyai masalah bila bersama suami . Setiap kali lepas bersama vagina saya akan mengeluarkan darah . Saya dapati masalah ini berlaku selepas saya bersalin . Saya juga ada masalah sakit di bawah ari2 . Ada masa smpai tkboleh berjalan . Apa yg perlu saya lakukan dan katakan jika saya ke hospital untuk lakukan rawatan . Sebab sebelum ini saya pernah mendapatkan rawatan di klinik tapi doc ckap itu tidak serius .

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut harus kami perolehi dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Pendarahan selepas bersetubuh dipanggil post-coital bleeding dan boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Tidak cukup pelincir ketika melakukan hubungan
- Jangkitan kuman pada bahagian kelamin atau telah merebak ke bahagian pelvis
- Luka yang tidak pulih selepas bersalin
- Ketumbuhan polip pada bahagian dalam vagina, cerviks atau rahim
- Radang pada cerviks
Masalah yang anda hadapi ini memerlukan perhatian lanjut kerana pendarahan selepas hubungan seksual bukanlah perkara normal. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi memberikan maklumat lanjut dan mendapatkan nasihat tentang perkara ini. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.