Anonymous
6 tahun
Keluar darah selepas buang air kecil
Assalamualaikum doc, saya ingin bertanyakan soalan kpd doc… period saya sudah pon tamat pada 5.6.19 dan pada tarikh 12.6.19 petang selepas balik dari kerja saya buang air kecil dan kelihatan lendir jernih seperti putih telur bercampur darah keluar selepas saya membuang air kecil… dan pada malam itu pula saya bersama dengan suami dan ada darah keluar sewaktu kami bersama. saya jadi takut… dan pada keesokan harinya saya rujuk ke klinik kesihatan dan doc telah cek bahagian bawah saya mngunakan 1 alat , dia cakap tiada apa-apa yg pelik di dalam alat sulit saya. cuma dia beritahu saya di klinik kesihatan tiada alat seperti di hospital yang bole cek sehingga dalam rahim saya… dan pada hari ini keluar pula seketul darah pekat seperti hati ayam selepas saya membuang air kecil. saya jadi risau dan takut. sebab ini merupakan kali pertama ianya jadi dalam hidup saya. mohon pencerahan doc adakah ianya merbahya atau tidak
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan selepas seks.Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut.Berkenaan dengan pendarahan selepas kencing,terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih


































