Sulit
3 tahun
Keluar darah selepas habis pantang
Saya baru habis bersalin 60 hari… Darah masih keluar dari saya habis pantang 44 hari hingga ke hari ini. Hari ke 30 darah nifas dah kering… Tapi selepas 44hari keluar darah semula… Adakah darah nifas, priod atau darah berpenyakit… Sbelum bersalin kitaran normal period hanya 5 hari… Perlu kah saya refer ke doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah darah nifas berpanjangan/berlebihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
-Rahim tidak kecut sepenuhnya
-Tisu placenta yang tertinggal dalam rahim
-Kecederaan di saluran peranakan/rahim
-Masalah pembekuan darah
Selain itu, fibroid juga biasanya boleh menyebabkan pendarahan berlebihan atau berpanjangan.
Dapatkan penjelasan lanjut tentang keputusan ujian tersebut dan rawatan yang sesuai. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut di hospital mahupun klinik. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!