
Sulit
5 tahun
Keluar darah selepas Selepas buang air kecil
Salam sejahtera.Saya ibu anak 4 berumur 30 tahun.Selepas saya buang air kecil,bahagian ari-ari saya akan merasa ngilu yang menyucuk dan akan keluar darah setitik dua.Saya juga akan merasa hendak membuang air kecil lagi setelah beberapa saat keluar dari bilik air.Apakah sakit yang saya alami sekarang,dan bagaimana untuk saya mengubatinya.Terima Kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah ketika membuang air kecil yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Batu karang dalam saluran kencing
- Masalah rahim jatuh
- Endometriosis (ketumbuhan sel lapisan rahim) pada pundi kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.