
sislyna
5 tahun
Keluar darah semasa hamil 4 minggu
Sy wanita berumur 38thn. Sy bru berkahwin kali kedua 19.11.19. Baru-baru ini sy lewat haid 4 hari. Last period 21.12.19. Tp sy mngalami simptom senggugut. Rasa rengat sampai pinggang. Da refer doc kt hospital n ad buat scan dari dlm. Mula-mula x nmpk bby mgkin sbb baru 4 minggu. Tp doc sahkn ad dkt dlm rahim n bkn dkt luar. Hari ini bru itu hari keluar wad dn ptg td ad bleeding sdikit. Tp perut dah x skit mcm yg sblm ni. Apakah petanda itu? Adakah sy gugur atau normal? Perlukah sy rujuk ke hospital semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Normal bagi wanita hamil mengalami pendarahan yang sedikit serta berwarna coklat. namun, jika jumlahnya semakin meningkat dan anda mengalami sakit pinggang, demam, anda disarankan mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.