
lindahas57
5 tahun
Keluar darah semasa hamil 6 minggu
Saya sudah hamil selama 6 minggu tiba2 keluar darah warna coklat saya rasa risau dengan kandungan saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kandungan anda.Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkanya.Antaranya ialah:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormone
Oleh sebab and sedang mengandung pada masa kini, jadi amatlah disarankan untuk anda mendapatkan pandangan doktor dalam hal ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih