
Anonymous
5 tahun
Keluar darah semula selepas tamat haid
Assalamualaikum doc, terima kasih kerana sudi membaca forum saya…
soalan saya:
saya mempunyai masalah dimana darah haid saya sudah hampir 2 minggu tamat… tetapi darah keluar semula selepas itu dan sudah masuk 3 hari ianya keluar… darah hanya keluar selepas saya membuang air kecil sahaja pada mulanya darah keluar sedikit melalui lendir putih telur selepas itu keluar pula seperti hati ayam tetapi ianya keluar hanya pada selepas saya membuang air kecil ,sewaktu saya ingin membersihkannya dan ianya tidak keluar pada waktu normal saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.