Sulit
5 tahun
Keluar darah seperti haid selepas 5 hari habis haid
Sy mengalami pendarahan selepas 5 hari habis haid. Darah yang keluar agak banyak dan berwarna coklat pekat. Sebelum ini, sy mengambil pil perancang untuk stabil kan period sy selama 2 bulan sebelum. Dan bulan ketiga sy stop ambil.Sy period of 28/5/2020-5/6/2020 kemudian pendarahan berlaku pada 11/6/2020. Adakah pendarahan ini serius?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit berwarna cokelat seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Bagi mengenalpasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, kami memerlukan maklumat lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























