
Sulit
4 tahun
Keluar darah seperti haid
hi doc saya mau tanya saya bersama suami 20/12, saya makan pil postinor lewat, 25/12 saya makan then keluar darah mcm bercak saya tak pasti pada hari 31/12, lepastu darah makin bertambah sikit tapi berketul pula dan hitam , adakah saya haid lagi? skrg dah 5 hari tapi sikit tinggal tompok2, saya last period baru 2 minggu lepas lepastu datang lagi, saya ada cek pregnant test masa first keluar darah dan negetif, perlu saya cek kali kedua selepas tarikh haid saya sepatutnya datang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda. Sekiranya kitaran haid tidak tetap atau berubah, hal ini bermakna anda mengalami haid yang tidak teratur. Gejala ini mungkin dialami oleh para wanita sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Namun, masalah haid tidak teratur juga boleh disebabkan pelbagai punca, antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan kesimpulan yang sempurna. Berkenaan dengan ujian kehamilan, anda disarankan untuk melakukan ujian semula sekiranya mengesyaki diri anda hamil, iaitu 2 minggu setelah anda lewat haid dari tarikh yang sepatutnya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!