
Sulit
3 tahun
Keluar darah tapi cek upt 2 line
Saya mengalami pendarahan seperti period dah lebih 12hari, tapi cek upt double line. Apakah masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda berkemungkinan sedang hamil dan mengalami perdarahan di awal kehamilan. Untuk makluman anda, urine pregnancy test adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur. Justeru, anda boleh langsung melakukan pemeriksaan scan di klinik untuk melihat perkembangan kandungan anda.
Bagaimanapun, perdarahan diawal usia kehamilan (22 minggu) dalam bentuk spotting boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, apabila perdarahan yang terjadi adalah agak lewat daripada 2 minggu dan lebih banyak, ia boleh terdiri atas:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.