
Anonymous
5 tahun
Keluar darah tp bukan darah haid
Sya nk tnya…arini dh 2nd day sya kluar darah…sptutnya mggu nie mggu ksuburan sya…sya tkda mgalami simpton2 awl mgandung…apa yg plu sya lakukan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kedatangan darah antara haid adalah perkara yang tidak normal. Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan perkara ini terjadi seperti:
- Pendarahan implantasi
- Penggunaan pil perancang
- Pendarahan polip/fibroid
- Pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin/ibuprofen
- Masalah pembekuan darah
- Kanser rahim/serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.