Sulit
2 tahun
Keluar darah usia kandungan 5 minggu
Sy berumur 43thn dan sedang mengandung 5 minggu…masalah skrg keluar darah arini adalah hari ketiga tk penuh 1 pad… Hari kedua darah keluar sy telah merujuk ke doktor Dan heartbeat baby ada… Follow up lagi 2 minggu… Perlu ke sy hadir berjumpa doctor skrg atau menunggu 2 mggu lagi utk merujuk doctor … Dlm masa yg sama sy risau masih lagi keluar darah even harini masuk hari kedua sy makan ubat kuat rahim…
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini
Untuk pengetahuan anda, gejala pendarahan sewaktu awal kehamilan perlu dirujuk dengan doktor dengan segera. Hal ini kerana untuk mengelakkan komplikasi yang serius yang boleh menjejaskan kandungan anda.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ke hospital dengan segera.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.