Sulit

3 tahun

Keluar Darah walaupun tidak period

Saya berumur 43 tahun, utk bulan oct ni period sy x teratur…keluar sedikit Tp berterusan…kebiasaanya sy akan period pd awal bulan…Tp sehingga harini 26/10/2021 still ada Darah walaupun sedikit…kadang² lendir campur Darah tapi tidak banyak… Saya ada fibroid Tp tidak besar dlm 2.3cm setiap Kali period sy akan mengalami sengugut yg teruk & pendarahan yg berlebihan. Sy akan period selama 12-14 hari, untuk 4-5 hari sy akan over flow dan selepas itu akn keluar Darah seperti biasa.
Utk pengetahuan doktor pd bulan disember 2020 sy telah dimasukkan Ke hospital disebabkan kurang Darah akibat over flow,sy akan rs Seram sejuk,berpeluh²,jantung laju dan sesekali pitam. Saya dah buat pap smear pd bulan 12 result alhamdulillah ok tiada kanser apa²… Saya cuma nak tahu apa sebab darah x berhenti,kadang² ada keluar ketulan darah…walaupun dlm kuantiti yang sedikit tapi non stop dan ini merisaukan Saya…harap Doktor dapat bagi penjelasan yg tepat…Terima kasih

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami anda mempunyai fibroid size dalam 2.3cm, mengalami gejala haid tidak teratur, pendarahan sedikit secara berterusan sejak bulan oktober dan kadang-kadang keuar ketulan darah. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah pendarahan anda boleh disebab oleh beberapa perkara. Mungkinnya ia boleh disebab oleh fibroid anda, sebab fibroid yang tumbuh dalam lapisan tisu rahim boleh meningkatkan luas permukaan lapisan rahim, menyebabkan lebih banyak pendarahan daripada biasa. Selain itu, fibroid jenis ini juga mengandungi saluran darah, yang berupaya menyebabkan pendarahan, serta darah yang tidak dikeluarkan akan menjadi ketulan darah nanti.

Namun begitu, perkara lain yang mungkin menyebabkan masalah ini adalah seperti yang berikut. Contohnya:

  • Polip rahim atau ketumbuhan lain
  • Lapisan rahim tebal
  • Disfungsi ovari
  • Gangguan pendarahan (darah tidak dapat membeku secara normal)
  • Pengambilan ubat cair darah

Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang pemeriksaan serta penyelidikan berkaitan, supaya penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Sakit Puan.
belly-3186730_640%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)