
deqhaiku
5 tahun
Keluar flek hitam semasa hamil
salam sejahtera Doktor,
saya sekarang hamil 6 minggu 4 hari, tapi sejak dari 23/5/19 hari tu hingga hari ini(6 hari) saya mengalami cecair flek hitam keluar samada secara spotting atau semasa buang air… kadang2 perut bahagian bawah belah kiri dan kanan terasa tekanan atau kram ringan.
Adakah ini petanda masalah kritikal pada kandungan saya sekarang, saya juga sedang mengambil ubat kuat rahim Duphaston untuk membantu kuatkan rahim saya kerana sebelum ini pernah gugur 2 kali.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Berkenaan ubat duphaston,antara kesan sampingan yang boleh diundang seperti:
- Loya
- Muntah
- Pening
- Berat badan bertambah
- Payu dara sakit dan bengkak
- Kurang darah
- Jaundice, kurang selera makan, sakit pada bahagian kanan abdomen yang menandakan kecederaan pada hati
- Alergik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah yang anda hadapi berterusan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.