Anonymous
6 tahun
Keluar Ketulan keruh ketika kencing
adik lelaki saya ada bagitau yang dia kencing keluar ketulan yang berwarna keruh. ketika ketulan tu keluar dia tidak rasa sakit atau pedih. Ketulan tu hanya sedikit sahaja yang keluar. Boleh saya tahu kenapa macam tu?. kondisi badan dia ketika itu tidak berapa sihat. sakit kepala (migrain yg teruk) dan 3 kali muntah.
Terima kasih,
Kakak.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarakan keterangan yang anda berikan, kencing yang keruh dalam kalangan kanak-kanak boleh berpunca daripada:
- Nefropati IgA
- Penyakit pasca-streptokokkus
- Penyakit “Minimal Change Disease”
- Jangkitan saluran air kencing
- Luka pada zakar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































