
Sulit
4 tahun
Keluar lendir coklat ketika hamil 14 minggu
Hi. Saya hamil 14 minggu dan ketika pulang dari kerja. Saya memdapati terdapat lendir berwarna coklat. Adakah ianya bahaya atau perkara normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Berdasarkan keterangan puan, lendir coklat ketika kehamilan kebiasaanya adalah normal dan kemungkinan tidak bermaksud masalah kepada bayi dalam kandungan dan juga anda. Dalam kebanyakan kes, ianya tidak berbahaya.
Penyebab lendir coklat yang paling biasa adalah iritasi. Perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke seluruh badan anda semasa kehamilan menjadikan serviks sangat sensitif. Tambahan, hubungan seks semasa kehamilan atau pemeriksaan pelvis dapat memicu gejala ini terjadi. Ini mengakibatkan keluarnya sedikit lendir coklat ataupun spotting yang sedikit.
Gejala yang serius misalnya sakit pada bahagian perut atau pendarahan berwarna merah dan banyak, perlu dikhawatirkan. Segera rujuk kepada doktor sekiranya muncul gejala ini supaya pemeriksaan dapat dijalankan.
Semoga kehamilan anda sentiasa sihat dan selamat. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih