
Sulit
4 tahun
Keluar lendir coklat waktu subur lebih dari seminggu
Saya 28tahun, baru berkahwin. Saya start spotting pada cd14 dan sampai harini cd25 keluar lendir coklat kadang2 merah pink dari faraj. Saya dah dapatkan nasihat doktor minggu lepas dan ini mungkin perubahan hormon tetapi masih keluar dan perlu pakai tisu untuk lap di kawasan tersebut. Hari ni baru rasa cramp di bawah perut dan belakang. Kenapa ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, spotting merupakan pendarahan minima dan kebiasaannya memberikan beberapa klu atau maksud tentang seseorang wanita:
- Tekanan emosi atau stres
- Jadual aktiviti harian yang terlalu aktif dan padat
- Ketidakseimbangan hormon
- Kehamilan (pendarahan implantasi)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Jangkitan kelamin
- Kanser rahim atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu
Namun begitu ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh anda. Hal ini memerlukan perhatian oleh anda dan doktor dan ia mungkin disebabkan oleh masalah yang tidak disebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut haruslah dibuat supaya rawatan dapat diberikan.
Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya perkara ini berlarutan dan berpanjangan.
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah anda dan seterusnya mendapatkan penjelasan. Terima kasih.