
Anonymous
5 tahun
Keluar lendir darah ketika kandungan 8 minggu
Sy berusia 34thn tgh mengandung ank no. 5. Semua anak lahir normal je xde masalah ape pon. Cuma kali ni kandungan dah masuk 8minggu tiba2 keluar lendir coklat, dah refer dgn doktor dah scan doktor bgtau semua ok normal xde masalah. Cuma sy bimbang kalau2 ia menganggu baby dalam rahim… Sy takut keguguran.

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Namun begitu , jika ia berterusan dan anda menagalami sakit pinggang adalah amat disarankan anda untuk mendapatkan nasihat doktor.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih