
Anonymous
6 tahun
Keluar lendir darah ketika kencing
Sy usia 30 tahun, sy baru ni cek upt and result is positif. But today after maghrib, masa kencing keluar lendir darah and masa lap dgn towel,darah melekat. And mlm td ada "bersama " dgn suami. Boleh doc terangkan kpd sy. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai sebab pendarahan pada awal kehamilan yang dialami oleh anda. Antaranya :
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Berkenaan dengan lendir darah itu ia mungkin disebabkan oleh hubungan kelamin kerana
selepas hubungan seks, sesetengah wanita mungkin berdarah disebabkan oleh serviks sangat lembut dan sensitif. Lendir darah ini juga mungkin disebabkan oleh keguguran terancam. Saya cadangkan puan untuk ke hospital atau klinik berdekatan dengan segera untuk pemeriksaan lanjut.
Jika puan mempunyai sebarang keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.