
Anonymous
2 tahun
Keluar lendir kuning pada lubang kencing
Saya berumur 20 an, saya mendapati lubang kecing saya keluar lendih bewarna kuning, saya pergi ke klinik dan doktor memberi saya antibiotic tablet. Setelah ubat habis lendir kuning masih lagi keluar, jadi apa perlu saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan saluran kencing
- jangkitan kelamin seperti chlamydia, gonorrhoea
- nanah pada pundi kencing ataupun sepanjang saluran kencing
Memandangkan anda sudah menghabiskan antibiotik tetapi ia berulang kembali, anda disarankan untuk bertemu kembali dengan doktor dan menceritakan apa yang telah anda lalui untuk rawatan seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.