Anonymous
4 tahun
Keluar lendiran coklat hamil 8 minggu
hi dr kandungan sy 8 mnggu sy ada kelaur cairan coklat gelap sejak dua hari
sy pergi buat scan dr kata rahim sy kosong
buat upt masih positive
adakah kemungkinan baby sy masih ada
esok dr suruh buat tvs untuk confirmation
tp rahim sy kosong
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Terlebih dahulu kami bersimpati dengan keadaan dan kejadian yang terjadi kepada anda.
Kami tidak boleh membuat kesimpulan sama ada anda masih mengandung atau belum. Hal ini kerana, kehamilan hanya dapat dipastikan dengan membuat pemeriksaan ultrasound. Berkenaan dengan soalan anda mengenai UPT masih positif, terdapat pelbagai sebab UPT menjadi positif walaupun telah keguguran.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.