
Sulit
4 tahun
Keluar sedikit darah sebelum haid
hi doctor, saya sepatutnya haid pada 20mei. namun pada 17mei, saya melihat dua titisan darah di pakaian dalam saya berwarna coklat dan struktur cair berbeza dengan darah haid. selepas itu saya rasa kram perut ringan. pada mulanya saya menyangka saya haid awal tetapi saya tunggu setelah 2 hari tidak keluar apa apa darah lagi selepas itu. kemudian semalam, saya pergi jumpa doctor dan scan gynae selepas saya check upt negatif. selepas scan, doctor tengok keadaan ovari dan rahim saya okay. cuma doctor ad cakap keadaan rahim saya terbalik dan itu adalah normal. doctor jugak ad bagitau ad darah yg nanti akan turun jadi darah haid.
jadi soalan saya, adakah mungkin saya hamil atau haid saya sedikit terlewat? sebab saya rasa kram perut tak macam ketika saya datang haid. saya juga tak pernah kram perut sebelum haid. kebiasaanya adalah semasa haid.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat haid. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.