
ziedachiki
5 tahun
Kemalangan kecil menyebabkan kepala terhantuk
Saya wanita berumur 21, baru baru ini saya terlibat dalam kemalangan kecil yang menyebabkan kepala saya terhantuk di cermin kereta yang mengakibatkan sedikit benjol. Saya menganggap ia perkara yang kecil.tetapi ada yang menyuruh saya untuk cek di hospital kerana dikhuatiri darah beku.
Adakah kesan darah beku dikepala membahayakan saya, perlukah saya mebuat check. Up di hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sukar untuk menentukan darjah keparahan cedera kepala ringan. Hal ini kerana tergantung kepada kekuatan hantuk, boleh jadi cedera kepala tersebut terkena otak.
Sekiranya terdapat gejala dibawah, anda dinasihatkan untuk segera mengunjungi unit kecemasan:
- tidak sedarkan diri
- sawan
- masalah dengan deria - seperti kehilangan pendengaran atau penglihatan berganda
- muntah berulang
- darah atau cecair yang keluar dari telinga atau hidung
- hilang ingatan (amnesia)
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.