
Sulit
5 tahun
Kemaluan anak berdarah
Hai doktor saya nak bertanya
Saya mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 5 tahun dia mengalami kegatalan vagina sya Tak pasti macam Mana dia Garu sehingga mengalami pendarahan yang banyak iti menandakan anak says kehilangan selaput Dara kah ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi sukar untuk saya menjawab soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman pihak anda, selaput dara berada di dalam bahagian dalam kemaluan. Pada pendapat saya, sekiranya dia menggaru, ia tidak mungkin akan sampai ke kawasan tersebut. Selian itu juga, selaput dara ini sangat berbeza. Terdapat wanita yang tidak mempunyai selaput dara ini. Tambahan pula sekiranya selaput dara pecah atau tidak, ianya bukan menjadi masalah dan tidak memberi kesan kepada kesihatan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca kemaluan anak anda berdarah, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Ianya berkemungkinan disebabkan air kencing yang berdarah atau sebagainya. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.