Sulit
2 tahun
Kemaluan anak umur 11 tahun lelaki mengeluarkan nanah di kulit selama 2 tahun.nanah bukan di pundi kencing
Anak umur11 tahun keluar nanah di kulit kemaluan selama 2 tahun.mkn antibiotik nanah tu akan stop…tapi KLU berhenti MKN antibiotik nanah akan kluar balik…kenapa tu doc.doc di rumah sakit sarankan untuk sunatkan anak untuk menutupi 2 saluran yg mnyebabkan nanah keluar…adakah perkara ni patut di jumpakan dengan doc pakar.nanah tu bukan keluar di tempat kencing tapi melalui kulit.saluran nanah tu KLU di perhati dari pangkal biji lelaki terus kehujung kemaluan lelaki nanah tu akan keluar KLU di picit…masalahnya sekarang…KLU anak tu di sunat memang akan menutup saluran keluarnya nanah tu…tapi Sya takut penyebab keluar nanah tu dri dari dalam kemaluan anak seperti tempat biji atau pundinya…MCM mana tu doc…boleh bagi pencerahan tentang hall ni SBB anak mengaduh kemaluannya msih gatal dan menyebabkan keluar nanah membagi tau melalui video coll…Sya mak budak di perantauan org cari rezeki anak.sya risau kan kesihatan anak Sya😭
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anak anda alami tersebut, keluar nanah adalah disebab oleh jangkitan, jadi ia akan henti selepas penggunaan antibiotik. Sesetengah anak lelaki akan mengalami gejala jangkitan semula sebab beberapa faktor, contohnya: pembersihan yang kurang memuaskan, phimosis, fistula, hypospadias, dan sebagainya.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anak anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, kami menyaran anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kanak-kanak.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Urologi.