
Anonymous
4 tahun
Kemaluan gatal dan kerap tumbuh macam jerawat atau bisul
Saya berumur 34 tahun…belum berkahwin…dan akan berkahwin tak lama lg…saya risau sebab mempunyai masalah kemaluan gatal sehinggal luka sbb kadang saya tk tahan garu smpai luka. Dan selalu jerawat naik dan tumbul seperti bisul… apa perlu saya lakukan…bila jmpa doktor…hnya bg ubt antibiotik dan alergik… sebelum saya ada masalah resdung jg… ada ka ianya berkaitan resdung…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah resdung jarang berkait dengan masalah gatal kepada kemaluan. Namun, kekerapan menggaru boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan bakteria terutamanya apabila terdapat bukaan luka pada kulit.
Terdapat pelbagai sebab untuk menyebabkan simptom yang saudara alami. Namun kami memerlukan kami unutk bertanyakan beberapa soalan kepada anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.