
Sulit
5 tahun
Kemaluan saya mempunyai bintik² merah macam ketuat di bahagian kepala kemaluan dan bonjolan keras di bahagian telur
Macam mana nak hilang kan masalah ini…sebab sebelum ini sy pernah pergi klinik swasta untuk mendapatkan rawatan…tetapi tidak berkesan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketuat kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketuat akibat jangkitan virus
- Lichen nitidus sejenis keradangan kulit zakar
- Molluscum contagiosum akibat jangkitan virus
- Pearly penile papules
- Kudis buta
Seandainya pengubatan belum berhasil, sebaiknya anda merujuk kembali ke doktor dan berbincang tentang pengubatan lanjut agar doktor dapat meneruskan usaha pengubatan dengan melakukan pemeriksaan tambahan, menggantikan ubat ataupun lain-lain sesuai penilaian klinis doktor tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.