
Sulit
4 tahun
Kemaluan tiada ereksi
Sy ada 2 ank lelaki,sorg 3 tahun dan sorang 5 tahun.
Utk ank yg 5thn, sy perasan kemaluannya tidak ada ereksi…sewaktu pagi,sewaktu kencing dan sewaktu disentuh…berbanding pula dgn adik nye…ade ereksi…jdnya, adakah masalah ini perlu dibimbangkan?terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang dihadapi boleh disebabkan banyak faktor seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung, Diabetes, Obesiti, Kolesterol tinggi, Darah tinggi
Bagi mengatasi masalah mati pucuk atau ED, beberapa langkah boleh dilakukan seperti:
Amalkan gaya hidup sihat
Kurangkan berat badan
Elakkan merokok
Kawalan penyakit kronik
Pengambilan ubat-ubatan - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.